Diberdayakan oleh Blogger.
RSS

·          Anemia


Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa greek  (ναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah  (RBC) dan/atau hemoglobin  Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen  ke tisu-tisu dan mengakibatkan hipoksia  oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah.Hemoglobin (   protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
  1. kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan  akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
  2. pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis ) dan
  3. pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoisies yang tidak berkesan).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar